KEMAMAN – Tindakan sebuah bot nelayan Vietnam yang cuba menyamar menggunakan nombor pendaftaran Malaysia bagi mengaut sumber laut di perairan negeri ini tidak berhasil selepas kegiatan mereka berjaya dipatahkan anggota Maritim Malaysia (APMM) kelmarin. Pengarah Maritim Negeri Pahang, Datuk Zulkarnain Mohd. Omar berkata, ketika menjalankan rondaan pada pukul 5.16 pagi, pihaknya menerima aduan awam mengenai sebuah bot dalam keadaan mencurigakan kira-kira 59 batu nautika dari Kuala Kemaman. “Kapal ronda APMM…










