APMM tahan 47 nelayan Vietnam, tangkap ikan di perairan negara - Utusan Malaysia

APMM tahan 47 nelayan Vietnam, tangkap ikan di perairan negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUCHING – Maritim Malaysia (APMM) Sarawak berjaya menangkap 47 nelayan warga Vietnam selepas dipercayai menangkap ikan secara haram di perairan negeri di kedudukan 170 batu nautika dari Tanjung Po, di sini kelmarin.

Memuatkan artikel berkaitan…

Timbalan Pengarah Operasi APMM Sarawak, Kepten Maritim Shahref Steve Mac Queen Abdullah berkata, kesemua suspek berusia 23 hingga 59 tahun itu ditangkap pada pukul 6 petang ketika sedang memunggah ikan ke dalam dua buah kapal.

“Sebelum itu, anggota APMM yang melakukan operasi rutin berjaya mengesan dua kapal kargo Vietnam yang berada dalam keadaan mencurigakan sebelum menahan kapal berkenaan.

“Hasil pemeriksaan, kesemua kru kapal itu gagal menunjukkan sebarang dokumen perjalanan sah selain bertindak menyamar dengan menggunakan nama One United 5 dan One United 37,” katanya ketika sidang akhbar di Jeti Kompleks Tun Salahuddin, Muara Tebas di sini hari ini.

Tambah Shahref, nilai rampasan dianggarkan bernilai RM4.5 juta. – K! ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN