Anwar dibebaskan terus dari hospital tanpa perlu di bawa ke penjara - Utusan Malaysia

Anwar dibebaskan terus dari hospital tanpa perlu di bawa ke penjara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Proses pembebasan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim akan dilakukan di Hospital Rehabilitasi Cheras di sini tanpa perlu dibawa ke Penjara Sungai Buloh.

Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution berkata, Anwar dijangka dibebaskan selepas syor  pembebasan dan pengampunan penuh oleh mesyuarat Lembaga Pengampunan Diraja yang bersidang 11 pagi esok.

“Jadi, jangkaan kita (pembebasan) sekitar tengah hari esok sebelum perhimpunan pada sebelah petang di Petaling Jaya,” katanya kepada pemberita selepas melawat Anwar di hospital itu, hari ini.

Semalam Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara  Datuk Ahmad Dahlan Ab Aziz dalam satu kenyataan berkata Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V berkenan agar semua prosedur berkaitan prosiding Lembaga Pengampunan Diraja untuk Anwar dimuktamadkan esok.

Anwar menjalani hukuman lima tahun penjara pada Februari 2015 selepas Mahkamah Persekutuan mengekalkan keputusan bersalah atas sabitan meliwat bekas pembantu peribadinya.

Anwar, yang dipenjarakan di Penjara Sungai Buloh, sebelum ini dijadual dibebaskan pada 8 Jun. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×