KUALA LUMPUR – Seorang anggota polis cedera apabila dipukul dengan cota oleh anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) dipercayai akibat perselisihan faham angkara bunyi hon motosikal di Masjid Al-Bukhary, Jalan Hang Tuah di sini kelmarin.
Dalam kejadian pukul 9.30 malam, mangsa berusia 30-an itu mengalami kecederaan pada bahagian kening.
Satu sumber berkata, perselisihan faham tersebut timbul apabila mangsa yang dalam perjalanan ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur membunyikan hon ketika beberapa anggota Rela sedang menjaga lalu lintas di hadapan Masjid Al-Bukhary.
Katanya, mangsa yang memakai baju preman mendakwa, dia dikasari anggota Rela berkenaan berikutan membunyikan hon motosikal yang ditunggangnya.
Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.











