JELEBU 30 Mei – Seorang anggota polis bantuan KLIA maut selepas kenderaan dipandunya terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori sampah di Kilometer 26 Jalan Seremban-Simpang Pertang, dekat sini petang tadi. Ketua Polis daerah, Deputi Superintenden Kamarul Rizal Jenal berkata, mangsa, Fakhruddin Lokman, 24, yang berasal dari Kampung Sungai Buloh, Durian Tipus di sini meninggal dunia di tempat kejadian. Katanya, pemandu lori berusia 35 tahun bagaimanapun tidak mengalami kecederaan dalam kemalangan…










