Andi Bernadee nyanyi lagu sahur pula - Utusan Malaysia

Andi Bernadee nyanyi lagu sahur pula

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 22 Mei – Mula mencuri perhatian peminat menerusi nyanyian parodi lagu Tak Tun Tuang penyanyi Andi Bernadee kini tampil dengan single khas sempena Ramadan berjudul Semalam Sahur Di Mana.

Jika sebelum ini Andi mendendangkan lagu berentak balada menerusi single pertamanya Tiada Lagi Maaf, lagu Semalam Sahur Di Mana pula menyaksikan Andi membawakan lagu berentak hip hop.

Lagu tersebut merupakan percubaan Andi untuk mengangkat tema ibadah sahur sempena bulan Ramadan sekarang ini.

“Selalunya masa menjalankan ibadah puasa di bulan Ramadhan kita selalu fokus kepada waktu berbuka puasa, seperti nak makan apa atau nak berbuka kat mana. Tapi kali ini kami ingin tekankan tentang kepentingan waktu sahur pula.

“Semalam Sahur Di Mana merupakan rakaman semula daripada lagu asal nyanyian dan ciptaan penyanyi rap terkenal Indonesia, Roy Ricardo,” katanya.

Andi ditemui dalam majlis Sajian Amal Bubur Lambuk 4.0 anjuran Majalah Saji di Hotel RHR, Uniten Bangi semalam.

Tambah Andi, bagi memastikan single ini diterima baik oleh peminat, susunan muziknya diberi nafas baru oleh Ikhwan manakala lirik pula digubah semula oleh Omar K.

“Dalam lagu asal, muziknya lebih kepada rentak EDM tetapi kami ubah balik lagu ini agar kena dengan citarasa peminat muzik tempatan dan lirik pula sesuai dengan budaya dan cara hidup rakyat Malaysia,” jelasnya.

Semalam Sahur Di Mana boleh didapati dalam platform digital seperti Spotify, iTunes, KKBox , Deezer, Joox dan juga Apple Music bermula 25 Mei 2018 ini. – UTUSAN ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN