MINNESOTA 14 Mei – Penemuan anak rusa berkepala dua yang cukup sifat tetapi mati semasa dilahirkan di sebuah hutan di sini dua tahun lalu adalah yang pertama pernah direkodkan. Kajian kes tersebut yang baru-baru ini disiarkan oleh jurnal sains American Midland Naturalist turut dialu-alukan oleh para penyelidik yang menyifatkannya sebagai kes penanda aras melibatkan kecacatan hidupan liar. Pengurus hidupan liar Jabatan Sumber Asli Minnesota yang juga salah seorang penyelidik, Lou…










