NEW YORK 15 Mei – Amerika Syarikat (AS) semalam menyekat kelulusan kenyataan Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) yang mencadangkan satu siasatan bebas terhadap keganasan berdarah di sempadan Israel-Gaza yang tercetus ketika kedutaan Amerika di Baitulmuqaddis dibuka. Menurut draf kenyataan itu, UNSC melahirkan kemarahan dan kesedihannnya di atas pembunuhan orang awam Palestin yang melakukan hak mereka berhimpun secara aman. “UNSC menggesa satu siasatan bebas dan telus terhadap keganasan itu bagi…










