KUALA LUMPUR 22 Mei – Akta baharu dijangka akan diwujudkan yang menggabungkan beberapa akta sedia ada bagi menggantikan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1971. Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, mekanisme sesuai tersebut akan dibincangkan di peringkat kementerian yang diketuai Menteri Pelajaran, Dr. Maszlee Malik dalam memastikan manifesto Pakatan Harapan sebelum ini dikotakan. “Dr. Maszlee sudah maklum dengan manifesto Pakatan Harapan sebelum ini dan saya pasti impian untuk…










