KEMAMAN – Bekas Anggota Parlimen Kemaman, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek mengumumkan meletak jawatan sebagai Ketua UMNO cawangan Gong Chengal semalam. Kini jawatan tersebut dipangku Timbalannya, Datuk Mustaffa Ab. Rahman. Ahmad Shabery yang juga bekas Menteri Pertanian Industri dan Asas Tani itu berkata, peletakan jawatan itu adalah bagi memberi peluang golongan muda menerajui UMNO cawangan itu seterusnya membuka ruang kepada mereka menjadi pelapis untuk mengambil alih kepimpinan parti. “Saya sendiri…










