ALOR SETAR 10 Mei – Pengerusi Barisan Nasional (BN) negeri, Datuk Seri Ahmad Bashah Md. Hanipah gagal mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Suka Menanti yang dimenangi sejak lima penggal lalu. Calon PKR, Zamri Yusof berjaya memenangi kerusi DUN berkenaan selepas mendahului calon BN dan Pas dengan majoriti 6,251. Gabungan pembangkang PKR juga berjaya memenangi kerusi Parlimen Alor Setar, DUN Kota Darul Aman dan Alor Mengkudu. – UTUSAN ONLINE
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya