Ahli Parlimen termuda sertai PKR - Utusan Malaysia

Ahli Parlimen termuda sertai PKR

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 13 Mei – Ahli Parlimen termuda, P. Prabakaran yang memenangi kerusi Parlimen Batu pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) mengumumkan secara rasmi menyertai PKR.

Borang keahlian Prabakaran, 22, itu diserahkan kepada Naib Presiden PKR, Tian Chua pada Majlis Kesyukuran Parlimen Batu di tapak pasar malam Taman Dato’ Senu di sini hari ini.

Tian Chua yang gagal mempertahankan kerusi Parlimen Batu apabila Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mendapati beliau hilang kelayakan bertanding berjanji memberi sokongan dan membantu Prabakaran.

Memuatkan artikel berkaitan…

Sementara itu, Prabakaran ketika ditemui pemberita mengakui beliau terkejut dengan kemenangannya.

“Tanpa sokongan ibu bapa, penduduk dan bekas Ahli Parlimen Batu, Tian Chua, sudah tentu saya tidak dapat mengecapi kemenangan ini,” katanya.

Prabakaran, mahasiswa Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang di sebuah institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) itu memperoleh 38,125 undi.

Beliau menewaskan calon Barisan Nasional (BN), Dr. Dominic Lau Hoe Chai yang mendapat undi 13,687 , calon Pas, Azhar Yahya (10,610) dan calon Bebas, Datuk V. M. Panjamothy (383). -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×