PACHACAMAC, Peru – Sekumpulan ahli arkeologi menemui satu bungkusan pengebumian purba budaya Ychsma mengandungi mumia seorang manusia yang ditanam kira-kira 1,000 tahun dahulu.
Penyelidik menemui satu kawasan yang mengandungi ruang pengebumian dan mumia ketika proses ekskavasi besar-besaran di daerah Pachacamac, sebuah tapak upacara korban era pra-Kolombus semasa pemerintahan Empayar Inca.
Di dalam ruang itu, mereka menemui satu objek yang berbalut seperti struktur keranda milik seseorang individu yang dijaga dengan sangat baik.
Berita berkaitan:
Pasukan tersebut juga menemui beberapa barangan bersamanya termasuk kulit kerang, pasu, fosil anjing dan beberapa objek berharga di satu ruang ibadat.
Penyelidik-penyelidik daripada Pusat Kajian Arkeologi Universiti Libre de Bruxelles itu membuat carian di tapak tersebut selama sembilan minggu dan menemui tiga struktur monumen dipercayai tempat suci untuk pemujaan nenek-moyang di situ. – Agensi











