KUALA LUMPUR 16 Mei – Para peniaga di Pasar Selayang Baru di sini mendesak Majlis Perbandaran Selayang (MPS) campur tangan bagi menyelesaikan masalah pengagihan tapak jualan yang timbul selepas peralihan kuasa ahli majlis Jawatankuasa Penduduk (JKP). JAMALIAH MUHAMMAD SHARIF Pengerusi Persatuan Usahawan Ukhuwah Selangor, Jamaliah Muhammad Sharif berkata, masalah berlaku berikutan peletakan jawatan ahli majlis JKP terdahulu selepas calon PKR diumumkan menang dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 lalu. Beliau berkata,…










