ADUN Santan harap krisis MB Perlis diselesaikan dengan segera - Utusan Malaysia

ADUN Santan harap krisis MB Perlis diselesaikan dengan segera

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR – Krisis dan kemelut pelantikan Menteri Besar Perlis telah berlanjutan selama lapan hari setakat hari ini.

Azlan Man, 60, mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar bagi penggal kedua di hadapan Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail di Balai Menghadap, Istana Arau, Arau dekat sini pada 24 Mei lalu.

Namun, sembilan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) yang menang pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) lalu tidak hadir pada majlis angkat sumpah dan menerima watikah pelantikan Menteri Besar itu.

Perlis merupakan negeri yang terakhir mengumumkan pelantikan Menteri Besar selepas 14 hari selepas PRU-14.

Terbaharu, Setiausaha BN Perlis, Datuk Zahidi Zainul Abidin berkata, akan mempersembahkan nama 11 wakil rakyat parti itu sebagai calon Menteri Besar yang baharu semasa menghadap Tuanku Syed Sirajuddin yang dijangka pada minggu depan.

Bekas ADUN BN Santan, Datuk Sabry Ahmad berharap krisis melibatkan Menteri Besar Perlis ini dapat diselesaikan dengan segera.

“Kedua-dua pihak perlu mencapai kata sepakat terbaik.

“Sekiranya, Azlan perlu berundur dan jawatan Menteri Besar itu diberikan kepada individu lain untuk menyelesaikan krisis ini, bagi saya itu faktor lain.

“Namun, itu bergantung juga dengan perkenan Tuanku Syed Sirajuddin,” katanya ketika dihubungi hari ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN