ALOR SETAR 14 Mei – Kerajaan Kedah bersedia untuk memberi peruntukan kepada Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) pembangkang dalam memastikan rakyat di kawasan tersebut tidak dipinggirkan. Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir berkata perkara itu telah dibincangkan dalam Mesyuarat Majlis Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Kedah semalam, namun kaedah pemberiannya akan diputuskan kemudian. “Masa jadi pembangkang dahulu, perkara itulah yang kita bangkitkan kepada Barisan Nasional (BN). Tetapi bila dah…










