Adly dilantik Ketua Menteri Melaka ke-11 - Utusan Malaysia

Adly dilantik Ketua Menteri Melaka ke-11

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA – Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Melaka, Adly Zahari bakal mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri yang ke-11 hari ini.

Istiadat Angkat Sumpah Jawatan dijadual berlangsung pada pukul 3 petang di Dewan Seri Utama, Pejabat Yang Dipertua Negeri Melaka di Ayer Keroh di sini. 

Adly, 47,  yang merupakan Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) Melaka menang dengan majoriti 3,159 undi menewaskan dua pencabarnya, Yunus Hitam dari Barisan Nasional dan Muhamat Puhat Bedol dari Pas di Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Katil. 

Pada Pilihan Raya Umum ke-14, PH yang menggunakan logo Parti Keadilan Rakyat berjaya membentuk kerajaan apabila memperoleh 15 daripada keseluruhan 28 kerusi DUN di Melaka.- K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×