Abu Kassim enggan ulas pelantikan sebagai KP SPRM - Utusan Malaysia

Abu Kassim enggan ulas pelantikan sebagai KP SPRM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA – Bekas Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Abu Kassim Mohamed hari ini mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad di Yayasan Kepimpinan Perdana di sini. 

Kehadiran Abu Kassim di premis berkenaan yang dilihat memasuki bangunan pada kira-kira pukul 8.30 pagi menimbulkan teka-teki sama ada ia mempunyai kaitan untuk melantiknya semula sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM.

Ia susulan penamatan perkhidmatan penggantinya Tan Sri Dzulkifli Ahmad sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM pada 14 Mei lepas.

Dzulkifli, 50, pegawai undang-undang Jabatan Peguam Negara, yang dilantik sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM mulai 1 Ogos 2016 hingga 31 Julai 2021 secara pertukaran sementara, kini kembali bertugas di Jabatan Peguam Negara.

Tanpa menghuraikan pertemuannya dengan Dr. Mahathir,  Abu Kassim yang ditemui media selepas  pertemuan itu berkata : “Saya hanya nyatakan pandangan saya mengenai beberapa perkara tertentu yang Tun Mahathir rasakan dia perlu tahu.” – Bernama
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×