RAMALLAH 27 Mei – Presiden Palestin Mahmoud Abbas dijangka keluar hospital hari ini selepas menjalani rawatan paru-paru berair selama seminggu, kata seorang pegawai Palestin dan sumber perubatan.
Mahmoud Abbas. -AGENSI
Menurut sumber yang enggan dikenali berkata, presiden berusia 83 tahun itu ditahan di Hospital Istishari Arab berdekatan Ramallah dan akan dibenar keluar kira-kira pukul 2 petang waktu tempatan hari ini.
Memuatkan artikel berkaitan…
Abbas telah dimasukkan ke hospital pada 20 Mei lalu akibat komplikasi selepas pembedahan telinga selain mengalami demam panas. -AFP











