95 premis tumpuan awam akan diperiksa - Utusan Malaysia

95 premis tumpuan awam akan diperiksa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU 31 Mei – Sebanyak 95 buah premis tumpuan awam di negeri ini akan diperiksa oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan bagi memastikan aspek pencegahan kebakaran berada pada tahap terbaik sempena Aidilfitri.

Pengarah JBPM Kelantan, Nazili Mahmood berkata, pemeriksaan itu akan dijalankan ke seluruh negeri ini bagi memastikan pemilik atau pengendali premis berkenaan mematuhi aspek tersebut.

Menurutnya, antara premis yang akan diperiksa ialah hotel, restoran, pasar raya besar dan beberapa lagi premis awam lain.

“Aspek keselamatan pencegahan kebakaran ini amat penting bagi memastikan premis tersebut berada dalam keadaan baik, termasuk mengelak pengunjung berdepan situasi panik ketika kecemasan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada Majlis Ramah Mesra Anak Yatim dan Berbuka Puasa Bersama Anggota JBPM Kelantan di sini semalam.

Pada majlis tersebut Nazili turut menyerahkan sumbangan zakat kepada anak-anak yatim. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN