8 ADUN Perlis buat laporan polis - Utusan Malaysia

8 ADUN Perlis buat laporan polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 25 Mei – Kemelut politik di Perlis semakin panas apabila lapan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) negeri itu bertindak membuat laporan polis terhadap Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Azlan Man.

Memuatkan artikel berkaitan…

Mereka membuat laporan di Balai Polis Jalan Dang Wangi di sini hari ini dengan ditemani peguam, Thalia Rohaina Abdul Latiff dan J. Gavin Jay Anand dari Tetuan Rohaina & Co.

Menurut ADUN Tambun Tulang, Datuk Ismail Kassim, mereka kesal apabila kemelut itu menjadi spekulasi hangat yang dijadikan polemik oleh pihak berkepentingan termasuk beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

“Saya minta rakan-rakan NGO di Perlis tidak membuat tindakan semberono dan guna perkataan tak elok seolah-olah kami menderhaka atau buat tak elok pada Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail.

“Kena melihat fakta sebenar kenapa kami sembilan ADUN BN membuat keputusan ini, bukan hendak mengingkari Tuanku tetapi membetulkan hak kami dan rakyat. Tak perlu saya atau Azlan sebagai Menteri Besar,” katanya kepada pemberita, di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN