JOHOR BAHRU 9 Mei – Polis Johor menahan enam lelaki kerana dipercayai memukul dua lelaki yang didakwa bukan warganegara Malaysia, di sini tengah hari tadi. Ketua Polis Johor, Datuk Mohd. Khalil Kader Mohd. berkata, kejadian berlaku kira-kira pukul 12 tengah hari di Pusat Pengundian di Sekolah Menengah Kebangsaan Johor Jaya 1 di sini. “Keenam-enam lelaki itu yang berusia 21 hingga 27 tahun ditahan kerana bertindak mengasari dua lelaki yang mereka…