KUALA LUMPUR 16 Mei – Polis menahan lima remaja lelaki berusia 11 hingga 15 tahun bagi membantu siasatan kes kebakaran 100 buah motosikal di bawah blok Pangsapuri Angsana USJ1, Subang Jaya dekat sini, pagi ini. Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Mohammad Azlin Sadari berkata, sebahagian besar motosikal yang diletakkan di bawah blok E, D dan F hangus dalam kebakaran pada pukul 3 pagi itu. Menurutnya, siasatan awal mendapati…










