KAJANG – Sebanyak 4,314 set komputer dan 34 buah simulator yang pernah digunakan dalam operasi perjudian online dimusnahkan dalam dalam satu majlis pelupusan barang-barang kes yang diadakan di pekarangan Balai Polis Bandar Baru Bangi di sini pagi tadi. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat berkata, kesemua peralatan yang digunakan untuk operasi perjudian itu adalah hasil daripada Ops Dadu yang dilakukan di Kontinjen Selangor bagi membanteras perjudian…