4 pusat pemindahan banjir dibuka di Taiping - Utusan Malaysia

4 pusat pemindahan banjir dibuka di Taiping

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH – Empat pusat pemindahan banjir sementara di daerah Taiping dibuka bagi menempatkan 395 mangsa banjir daripada 112 keluarga setakat pagi ini. Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Perak menerusi satu kenyataan berkata, seramai 110 mangsa banjir ditempatkan di Masjid Nurul Hidayah Kampung Bemban, Sekolah Kebangsaan (SK) Temelok Trong di Kampung Temelok (200 mangsa), Surau Kampung Jawa (28) dan 57 mangsa berada di SK Batu Hampar. Pihaknya meminta penduduk terlibat berpindah secara berperingkat bermula malam tadi susulan hujan lebat sejak petang semalam. – Bernama

 

Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN