284 mangsa banjir di Perak - Utusan Malaysia

284 mangsa banjir di Perak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH 27 Mei – Seramai 284 mangsa banjir daripada 72 keluarga ditempatkan di lima pusat pemindahan di negeri ini sehingga pukul 4 petang ini.

Jurucakap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) berkata, kesemua mangsa yang terlibat itu dari dua daerah di negeri iaitu di Taiping dan Manjung.

Katanya, di Taiping, empat pusat pemindahan dibuka iaitu di Masjid Nurul Hidayah Kampung Bemban, Sekolah Kebangsaan (SK) Temelok, surau Kampung Jawa dan SK Batu Hampar.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Bagi daerah Manjung hanya sebuah pusat pemindahan dibuka iaitu di Sekolah Agama Rakyat Padang Serai, Pantai Remis yang menempatkan 24 mangsa daripada empat keluarga.

“Mangsa banjir yang paling ramai berada di pusat pemindahan ialah di Masjid Nurul Hidayah seramai 168 orang diikuti SK Temelok dan SK Batu Hampar dengan 38 mangsa selain 16 mangsa di surau Kampung Jawa,” katanya di sini hari ini.

Difahamkan banjir berlaku setelah air naik ekoran hujan berterusan yang bermula kira-kira pukul 2 petang semalam. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini