IPOH 27 Mei – Seramai 284 mangsa banjir daripada 72 keluarga ditempatkan di lima pusat pemindahan di negeri ini sehingga pukul 4 petang ini. Jurucakap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) berkata, kesemua mangsa yang terlibat itu dari dua daerah di negeri iaitu di Taiping dan Manjung. Katanya, di Taiping, empat pusat pemindahan dibuka iaitu di Masjid Nurul Hidayah Kampung Bemban, Sekolah Kebangsaan (SK) Temelok, surau Kampung Jawa dan SK…











