25 menteri dalam Kabinet Mahathir - Utusan Malaysia

25 menteri dalam Kabinet Mahathir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, Kabinet baharu di bawah Pakatan Harapan (PH) dijangka hanya mempunyai 25 orang menteri.

Jelasnya, sekiranya ada penambahan sekali pun terutamanya untuk wakil-wakil dari Sabah atau Sarawak, Kabinet mungkin ditambah namun tidak akan lebih daripada 30 menteri.

Jumlah Kabinet di bawah pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak sebelum ini memiliki 35 orang Menteri.

Tambah Mahathir, kaedah melantik 10 menteri utama terlebih dulu dan seterusnya membuat penambahan kemudian sama se­perti yang pernah dilakukan Perdana Menteri pertama, Tunku Abdul Rahman.

“Ini cara kita mulakan pentadbiran, Kabinet baharu yang tak pernah diadakan me­lainkan Tunku Abdul Rahman pada 1957.Ketika itu (Tunku) tubuh Kabinet kecil dan tidak sampai 10 menteri, termasuk tiga pegawai British terlibat.

“Kemudian kementerian lain ditambah. Tetapi rejim sebelum ini menambah dengan terlalu banyak sehingga 35 orang menteri. Sebolehnya kita tak mahu bilangan terlalu besar,” jelasnya ketika sesi penerangan kepada RTM dan Bernama di kediamannya di Seri Kembangan, Selangor semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×