Ambrin Buang enggan ulas polemik RCI Tabung Haji

Ambrin Buang enggan ulas polemik RCI Tabung Haji

AMBRIN BUANG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Bekas Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang enggan mengulas mengenai polemik berkaitan prosiding Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat isu berbangkit mengenai Lembaga Tabung Haji (TH).

Ambrin mengambil pendirian tidak memberikan sebarang kenyataan ketika dihubungi Utusan Malaysia berhubung perkara tersebut.

Laporan RCI TH menyenaraikan Ambrin bersama dua lagi bekas Ketua Audit Negara, Tan Sri Dr. Madinah Mohamad dan Datuk Seri Nik Azman Nik Abdul Majid dalam kategori Akuan Berkanun Saksi (ABS) bagi individu yang tidak dipanggil memberikan keterangan di hadapan suruhanjaya berkenaan.

Bagaimanapun, ketiga-tiga mereka telah mengemukakan penjelasan masing-masing menerusi ABS.

Mereka mengetuai Jabatan Audit Negara secara berturutan dalam sebahagian atau keseluruhan tempoh 2014 hingga 2020 yang menjadi skop penelitian RCI terhadap pengurusan dan operasi TH.

Ambrin memegang jawatan Ketua Audit Negara dari 2006 hingga Februari 2017 sebelum digantikan Madinah yang menyandang jawatan itu sehingga Februari 2019 diikuti Nik Azman.

RCI berkenaan menyiasat beberapa perkara termasuk transaksi pelaburan, kedudukan kewangan serta pembayaran hibah kepada pendeposit TH. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×