25 asnaf terima zakat BDB - Utusan Malaysia

25 asnaf terima zakat BDB

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR 16 Mei – Kumpulan Bina Darulaman Berhad (BDB) terus komited dalam menjalankan tanggungjawab sosial korporat (CSR) dengan menyampaikan sumbang­an zakat kepada 25 golongan asnaf dari seluruh negeri ini.

Pengurus Kanan Komunikasi Korporat Kumpulan BDB, Sajahan Abdul Waheed berkata, penerima terdiri daripada mereka yang kurang berkemampuan, anak-anak yatim, ibu tunggal, warga emas serta mereka yang menghidap pe­nyakit kronik.

“Kumpulan BDB memperuntukkan sebanyak RM44,475 wang zakat perniagaan yang dikembalikan oleh Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) dan kesemua mereka menerima wang tunai sebanyak RM1,779.00 setiap seorang.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kami mengenal pasti golongan asnaf yang boleh dibantu menerusi laporan di akhbar tempatan serta bekerjasama dengan pemimpin masyarakat dalam usaha mencari mereka yang memerlukan sumbangan,” katanya dalam kenyataan di sini.

Upacara penyampaian sumbangan disempurnakan Pengerusi Kumpulan BDB, Datuk Paduka Rasli Basir di Menara BDB di sini hari ini.

Untuk rekod, Kumpulan BDB memperuntukkan wang zakat perniagaan kepada golongan asnaf semenjak tiga tahun dahulu ialah RM212,500 (2014), RM296,250 (2016) dan RM477,375 (2017).

Tambah Sajahan, BDB menyeru agar orang ramai dan pemimpin masyarakat untuk bekerjasama dengan BDB dalam usaha mencari dan membantu mereka yang memerlukan bantuan.

Jelas beliau, BDB sebagai syarikat milik kerajaan negeri meletakkan CSR sebagai salah satu asas penting syarikat dalam usaha membantu serta meringankan beban rakyat di bawah menerusi program-program yang dirancang sepanjang tahun.

“Oleh itu, saya mengharapkan orang ramai dan juga rakan-rakan media dapat mengetengahkan lebih ramai mereka yang kurang berkemampuan dan juga upaya untuk membolehkan Kumpulan BDB membantu mereka,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×