PUTRAJAYA 23 Mei – Kementerian Kewangan hari ini dimaklumkan bahawa bahawa syarikat pelaburan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) telah muflis dan tidak mampu membayar hutang. Menterinya, Lim Guan Eng berkata, situasi 1MDB itu didedahkan sendiri oleh Ahli Lembaga Pengarah 1MDB, Datuk Norazman Ayon dan Datuk Kamal Mohd. Ali ketika memberi penjelasan kepada kementerian hari ini. Guan Eng berkata, lebih mengejutkan Kamal juga turut memaklumkan pelaburan 1MDB sebanyak RM9.8 bilion sejak dua…










