KUALA LUMPUR – Mesyuarat kedua Kabinet kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang dipengerusikan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad di Putrajaya hari ini telah memutuskan 19 perkara seperti berikut:
- Bonus RM400 kepada penjawat awam sempena Aidilfitri.
- Harga minyak RON 95 dikekalkan tetapi RON 97 ditetapkan secara apungan ikut pasaran semasa.
- Tabung Harapan Malaysia ditubuhkan untuk rakyat menyalur sumbangan membantu kerajaan melunaskan hutang.
- Tol diberi diskaun 50% dalam tempoh dua hari sebelum Aidilfitri.
- Sayangi Malaysiaku tema Hari Kebangsaan 2018.
- Program Permataku diletak di bawah Kementerian Pendidikan.
- Pesara kerajaan menerima bonus RM200 sempena Aidilfitri.
- GST digantikan SST mulai 1 September 2018.
- Majlis Penasihat Pertanian ditubuhkan kerajaan.
- Projek MRT3 tidak akan diteruskan.
- Esok taklimat penuh Kementerian Kewangan menurunkan kos pentadbiran negara.
- BR1M diubah nama kepada Bantuan Sara Hidup.
- Pencarian MH370 tidak dapat diteruskan kecuali menemui bukti baharu.
- Jemaah Menteri setuju batal HSR, tertakluk perbincangan dengan Singapura kerana implikasi kewangan yang tinggi.
- Kumpulan orang yang berpengetahuan agama akan membincangkan sama ada Jakim akan dikekalkan atau tidak.
- Isu BTN sedang dikaji.
- ECRL bukan batal, dalam kajian.
- Janji manifesto 100 hari akan ditunaikan tetapi ambil kira keadaan kewangan serta tidak jejas pentadbiran negara.










