KUALA LUMPUR 25 Mei – Sebanyak 17,689 pendatang tanpa izin (PATI) telah ditahan dalam operasi penguatkuasaan yang djalankan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) sejak Januari hingga 24 Mei lalu. Ketua Pengarah JIM, Datuk Seri Mustafar Ali berkata, pihaknya turut menahan 455 majikan yang menggajikan atau melindungi PATI sepanjang tempoh tersebut. “Kita telah melakukan sebanyak 6,019 operasi di seluruh negara dan seramai 74,002 orang telah diperiksa. “Warga Indonesia menjadi jumlah tahanan tertinggi…










