ROM 26 Mei – Kira-kira 1,500 pelarian berjaya diselamatkan di Laut Mediterranean dalam operasi yang dijalankan selama dua hari sejak Khamis lalu. Operasi itu membabitkan tentera laut Itali dan kapal yang disewa oleh pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan agensi sempadan Kesatuan Eropah (EU) iaitu Frontex. Semalam, seramai 1,050 pelarian yang cuba memasuki Eropah, berjaya diselamatkan dalam tujuh operasi berasingan dikendalikan oleh pengawal pantai Itali. Selain itu, NGO dari Jerman iaitu…











