1,500 bekas bubur lambuk diedar kepada pengunjung A'Famosa - Utusan Malaysia

1,500 bekas bubur lambuk diedar kepada pengunjung A’Famosa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR GAJAH 31 Mei – Pihak pengurusan pusat peranginan A’Famosa Resort dan lokasi jualan beli-belah Freeport A’Famosa Outlet (FAO) di sini hari ini mengedarkan sejumlah 1,500 bekas bubur lambuk kepada pengunjungnya sempena bulan Ramadan.

Program penyerahan bubur lambuk itu diadakan di laluan utama ke pintu masuk FAO bermula pukul 4 petang ini dan berakhir kira-kira sejam kemudian.

Seramai 20 kakitangan diketuai Pengurus Besar Bahagian Operasi Safari Wonderland Sdn. Bhd., Robert Na mengedarkan juadah istimewa itu yang sering diperolehi hanya pada bulan Ramadan kepada pengunjung yang menaiki kenderaan melalui kawasan pusat beli-belah itu.

Robert ketika ditemui berkata, penyampaian bubur lambuk merupakan acara tradisi yang dilaksanakan pihaknya setiap tahun bagi menghargai umat Islam berpuasa.

“Selain memberi bubur lambuk secara percuma kepada pengunjung, aktiviti ini mengeratkan hubungan dan sudah pasti kami akan laksanakan setiap tahun,” katanya ketika ditemui pada program itu sebentar tadi. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN