15 peti undi awal tiba di Pekan - Utusan Malaysia

15 peti undi awal tiba di Pekan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PEKAN 9 Mei – Sebanyak 15 peti undi membabitkan pengundi awal tiba serentak di pusat penjumlahan rasmi undi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) di Dewan Konvensyen Sultan Haji Ahmad Shah di sini petang ini.

Kesemua peti undi melibat seramai 6,824 orang yang mengundi pada 5 Mei lalu tiba pada pukul 3.45 petang.

Proses penjumlahan peti undi awal dilakukan selewat-lewatnya sebelum pukul 6 petang ini bagi membolehkan pengiraan peti undi dari 56 pusat pengundian yang berlangsung hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×