13 penumpang berdepan detik cemas bas ekpres terbakar - Utusan Malaysia

13 penumpang berdepan detik cemas bas ekpres terbakar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUKIT MERTAJAM 31 Mei – Seramai 13 penumpang berdepan detik cemas apabila bas ekspres yang dinaiki mereka terbakar di Kilometer (KM) 149.4 , Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah utara di sini awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 2.56 pagi tadi, bas ekspres dua tingkat itu dalam perjalanan ke Sungai Petani, Kedah dari Putrajaya.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT), Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Hamid berkata, berdasarkan siasatan awal, kebakaran dipercayai berlaku selepas tayar kiri bas berkenaan meletup ketika tiba di KM 150.2 .

“Pemandu bas berusia 56 tahun itu memberitahu, letupan berkenaan telah menghasilkan percikan api seterusnya menyebabkan bahagian enjin terbakar,” katanya di sini hari ini.

Beliau memberitahu, kesemua penumpang dan pemandu tidak mengalami kecederaan dan dipindahkan ke bas lain.

“Pasukan Bomba berjaya mengawal kebakaran bas pada pukul 3.30 pagi dengan anggaran kemusnahan melibatkan 40 peratus bahagian bas,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN