KUALA LUMPUR 23 Mei – Keputusan kerajaan untuk membubarkan Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) memberi kesan kepada kira-kira 1,200 kakitangannya.
![]() |
|
TUN FAISAL
|
Pengarah Bahagian Komunikasi Strategik Jasa, Tun Faisal Ismail Aziz berkata, ketika umat Islam sedang bersiap-siap menyambut kedatangan Syawal, berbeza dengan kakitangan jabatan itu yang terpaksa ‘menganggur’ di Hari Raya Aidilfitri.
Beliau turut menyifatkan, keputusan drastik itu sebagai satu bentuk penganiayaan kepada kakitangan jabatan berkenaan.
“Daripada 1,200 kakitangan, hanya 10 sahaja lantikan politik termasuk bekas Ketua Pengarah, Datuk Dr. Mohd. Puad Zarkashi. Selain daripada itu, 300 kakitangan tetap manakala 850 lagi perkhidmatan kontrak.
“Mereka bukan lantikan politik, perlu lalui Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) ada proses temuduga untuk kelayakan dan pengalaman bekerja mereka,” katanya ketika dihubungi, di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE











