KUALA LUMPUR 15 Mei – Orang ramai dijemput hadir ke program Iftar@Kuala Lumpur 2018 yang akan berlangsung di Dataran Merdeka pada setiap hari Sabtu dan Ahad bermula minggu kedua sepanjang bulan Ramadan. Pengarah Bahagian Pembangunan Produksi dan Artistik Jabatan Kesenian dan Kebudayaan Negara ( JKKN), Rosnan Nordin berkata, program ini diadakan bagi menyemarakkan bulan Ramadan di samping memberi peluang kepada orang ramai menikmati keindahan ibu kota ketika berbuka puasa. “Program Festival Ramadan…










