CHITTAGONG 14 Mei – Seramai 10 wanita manakala 50 cedera dalam insiden rempuhan beramai-ramai ketika seorang ahli perniagaan mengedarkan sumbangan menjelang Ramadan hari ini. Menurut pegawai polis daerah Chittagong, Rafiqul Alam, rempuhan berkenaan berlaku selepas orang ramai berpusu-pusu berebutkan pakaian dan barangan lain di kediaman ahli perniagaan terbabit. “Kira-kira 10,000 hingga 12,000 orang, kebanyakannya wanita cuba menolak antara satu sama lain ketika mengambil sumbangan tersebut,” ujar Rafiqul. Selain itu, mereka…










