Kontraktor didenda RM20,000 palsu dokumen turap jalan, naik taraf parit - Utusan Malaysia

Kontraktor didenda RM20,000 palsu dokumen turap jalan, naik taraf parit

SEORANG kontraktor dihadapkan ke Mahkamah Sesyen atas pertuduhan mengemukakan tuntutan palsu bagi projek menurap semula jalan kampung di Mahkamah Sesyen, Johor Bahru disini. UTUSAN/RAJA JAAFAR ALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Seorang kontraktor didenda RM20,000 selepas mengaku bersalah atas tiga pertuduhan pecah amanah di Mahkamah Sesyen, di sini hari ini melibatkan kerja-kerja naik taraf sistem perparitan dan penurapan jalan di sebuah Felda berjumlah RM5 juta, tiga tahun lalu.

Tertuduh, Wan Shahrinizam Wan Ibrahim, 50, mengaku bersalah selepas kesemua pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim, N. Kanageswari.

Mahkamah turut memerintah tertuduh menjalani hukuman penjara tiga bulan bagi setiap pertuduhan sekiranya gagal membayar denda berkenaan.

Berdasarkan kertas pertuduhan, tertuduh didakwa secara tidak jujur menggunakan satu dokumen yang diketahui palsu sebagai tulen iaitu penyata akaun bank bagi bulan November 2022 sehingga Januari 2023 milik sebuah syarikat yang mana telah mengarahkan seorang pegawai untuk mengemukakan dokumen tersebut ke dalam Sistem e-Perolehan Felda.

Perbuatan dipercayai bagi permohonan mendapatkan projek menurap semula permukaan jalan kampung dan menaik taraf sistem perparitan di Felda Ciku 3, Gua Musang, Kelantan berjumlah RM5 juta.

Manakala bagi pertuduhan kedua, tertuduh secara tidak jujur mengemukakan dokumen yang diketahui palsu sebagai tulen iaitu Surat Setuju Terima Tender bagi kerja-kerja menurap semula dengan premix dan membaik pulih sistem perparitan di Jalan Parit Yaani dan Parit Botak, Batu Pahat serta kerja-kerja berkaitan yang mana tertuduh mengarahkan pegawai sama untuk mengemukakan dokumen tersebut ke dalam sistem sama bagi permohan sama.

Bagaimanapun, mahkamah memutuskan menerima representasi sebagai ‘Take Into Consideration’ (TIC) terhadap satu lagi pertuduhan berkaitan yang dikemukakan peguam Azalea Nazihah dan Muhammad Denial mengikut 171A Kanun Tatacara Jenayah.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah premis di Jalan Watan, Taman Desa 3, Parit Setongkat, Muar pada Februari 2023.

Bagi semua kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 471 Kanun Keseksaan (Akta 574) yang boleh dihukum di bawah Seksyen 465 kanun sama.

Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dipenjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Pendakwaan dikendalikan, Timbalan Pendakwa Raya SPRM, Irna Julieza Maaras.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×