ALOR SETAR 22 Mei – Sebanyak 10 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kedah mengangkat sumpah sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) di hadapan Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah dalam istiadat yang berlangsung di Istana Anak Bukit, di sini hari ini.
Istiadat angkat sumpah berkenaan turut dihadiri Sultanah Kedah, Sultanah Maliha Tengku Ariff dan Raja Muda Kedah, Tengku Sarafudin Badlishah Sultan Sallehuddin serta Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Mahathir.
Yang berangkat sama, Tunku Temenggong Kedah, Tan Sri Tunku Puteri Intan Safinaz Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah dan Tunku Laksamana Kedah, Datuk Tunku Shazuddin Ariff Sultan Sallehuddin.
Empat ahli Exco terbabit daripada PKR, PAN (tiga), PPBM (dua) dan DAP, satu.
ADUN PKR yang mengangkat sumpah ialah Ir. Zambri Yusuf (Suka Menanti), Azman Nasrudin (Lunas), Ooi Tze Min (Bakar Arang) dan R. Summugam (Bukit Selambau).
Bagi ADUN PAN pula diwakili Datuk Dr. Ismail Salleh (Pengkalan Kundor), Mohd. Asmirul Anuar Aris (Kubang Rotan) dan Dr. Salmee Said (Kota Siputeh).
Sementara ADUN PPBM ialah Datuk Ir. Amiruddin Hamzah (Anak Bukit) dan Halimaton Shaadiah Saad (Bukit Kayu Hitam) manakala ADUN DAP, Tan Kok Yew (Derga).
Senarai Exco Kedah
Datuk Seri Mukhriz Mahathir
– Pengerusi Jawatankuasa Perancang Ekonomi Negeri, Hal Ehwal Tanah, Hasil Bumi dan Sumber Asli serta Majlis Tindakan Negeri.
Datuk Ir. Amiruddin Hamzah
– Pengerusi Jawatankuasa Kewangan, Syarikat Milik Kerajaan Negeri, Industri dan Pelaburan serta Agama.
Datuk Dr. Ismail Salleh
– Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Kesihatan dan Pembangunan Luar Bandar.
Tan Kok Yew
– Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kerajaan Tempatan dan Perumahan
Ir. Zamri Yusuf
– Pengerusi Jawatankuasa Sains, Inovasi dan Teknologi Maklumat, Kerja Raya, Bekalan dan Sumber Air serta Tenaga.
Azman Nasrudin
– Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Asas Tani, Pengangkutan serta Pembangunan Insan.
Mohd. Asmirul Anuar Aris
– Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan, Kesenian, Kebudayaan dan Warisan, Pembangunan Usahawan serta Badan-badan Bukan Kerajaan.
Ooi Tze Min
– Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Masyarakat Cina dan Siam, Sumber Tenaga Manusia dan Alam Sekitar.
Dr. Salmee Said
– Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Komunikasi dan Teknologi Tinggi serta Perdagangan Dalam Negeri.
R. Summugam
– Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Masyarakat India, Perpaduan serta Hal Ehwal Pengguna dan Koperasi
Halimaton Shaadiah Saad
– Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Kebajikan Masyarakat dan Pembasmian Kemiskinan.










