PUTRAJAYA – Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, senarai anggota Kabinet dan kementerian diputuskan olehnya secara prinsip sebagai Perdana Menteri. Beliau berkata, parti-parti komponen Pakatan Harapan (PH) mengemukakan cadangan nama anggota Kabinet dan pilihan kementerian masing-masing. “(Dan) saya akan sahkan siapa pegang jawatan dan kementerian mana. Ada kemungkinan saya jumpa sekali lagi dengan ketua parti (dalam PH) tapi prinsipnya ialah keputusan dibuat oleh saya sebagai Perdana Menteri,” kata beliau selepas mempengerusikan…










