City 
ke separuh akhir, United tersingkir - Utusan Malaysia

City 
ke separuh akhir, United tersingkir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON 17 Mac – Manchester City pa­mer kebangkitan mengagumkan sewaktu menentang Swansea untuk mengesahkan slot ke separuh akhir Piala FA dan mencerahkan peluang merangkul empat gelaran, sementara Wolves ­menyingkirkan Manchester Uni­ted, hari ini.

Skuad bimbingan Pep Guardiola bangkit daripada dua gol defisit dalam babak pertama, apabila meledakkan tiga gol selepas rehat, dengan Sergio Aguero menjaringkan gol yang menjadi pertikaian pada lewat permainan untuk City mencatat kemenangan 3-2.

Namun, United gagal mengikut jejak musuh sebandar, setelah tewas 1-2 kepada Wolves yang sekali gus menyaksikan pengurus sementara, Ole Gunnar Solskjaer ditimpa kekalahan kedua berturut-turut.

Dalam perlawanan yang berlangsung dramatik di selatan Wales, pasukan Liga Kejuaraan, Swansea mendahului 2-0 menentang pendahulu Liga Perdana Inggeris menerusi sepakan penalti Matt Grimes dan jari­ngan cantik, Bersant Celina.

Bagaimanapun, Bernardo Silva merapatkan jurang gol pada minit ke-69 dan pasukan pelawat dihadiahkan penalti, yang disempurnakan Aguero. Ketika tekanan kian memuncak, Aguero­ memastikan kemenangan menjadi milik City hasil tandukan pada minit ke-88.

City amat bernasib baik, apabila ulang tayang menunjukkan sewaktu Raheem Sterling dijatuhkan dalam kotak penalti yang membuka laluan kepada gol penyamaan, Aguero sebenarnya berada dalam kedu­dukan ofsaid.

“Jika ia bukan penalti, dan benar seperti orang katakan pemain kami ofsaid, saya minta maaf. Mereka minta kelab sediakan VAR (video bantuan pengadil) dan di sekitar Eropah VAR telah digunakan dan di sini tidak. Saya tidak suka kalah apa­tah lagi keputusan yang dibuat silap,” kata Guardiola.

Sementara itu, nasib berbeza menimpa, United apabila tum­pas kepada Wolves di Stadium Molineux. Jaringan Raul Jimenez dan Diogo Jota memastikan Wolves ke separuh akhir Piala FA, manakala Marcus Rashford menyumbat gol sagu hati Uni­ted pada lewat permainan. –AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×