PENAMPANG 6 Feb. – Biro Bencana Alam Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO ) hari ini melancarkan misi membantu sebahagian penduduk kampung di daerah ini yang terjejas akibat bencana banjir yang berlaku. Video oleh Rodelio Junjun Taucan Pengerusinya, Ceasar Mandela Malakun bersama pemuda-pemuda parti itu menghulurkan bantuan tersebut di beberapa rumah di Kampung Kolopis, Penampang Proper, Kibabaig, Kambazan dan Dungkahang yang dinaiki air sejak semalam akibat hujan lebat yang berterusan.…