KUALA LUMPUR 11 Feb. – Tindakan beberapa pihak yang cuba membuat spekulasi dengan mengaitkan nama Ketua Pergerakan Wanita UMNO, Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil akan bertanding di Putrajaya pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) nanti disifatkan sebagai tidak masuk akal. Beliau menggesa semua pihak supaya menghentikan khabar angin itu kerana keputusan meletakkan mana-mana calon bertanding pada PRU-14 nanti adalah keputusan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. Jelas beliau, Putrajaya…










