[VIDEO] Anak kambing lahir bermata satu - Utusan Malaysia

[VIDEO] Anak kambing lahir bermata satu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BEAUFORT 11 Feb. – Seekor anak kambing daripada baka kampung dilahirkan dalam keadaan bermata satu di Kampung Jabang di sini malam semalam.


Video oleh RODELIO JUNJUN TAUCAN

Pemiliknya, Awang Rosli Mat Taib, 47, berkata, kambing tersebut yang dilahirkan pada pukul 8 malam dalam keadaan sihat merupakan yang pertama dialaminya sejak menternak haiwan berkenaan lebih lapan tahun lalu.

Katanya, anak kambing berkenaan bagaimanapun sukar untuk menyusu kerana saiz mulutnya terlalu kecil menyebabkan dia terpaksa menggunakan picagari untuk memastikannya mendapat susu secukupnya.

“Masa dilahirkan ibu kambing ini turut mengeluarkan bunyi nyaring dan saya segera memeriksanya namun tiada apa-apa kejadian pelik semasa proses kelahiran itu.

“Cuma pagi ini baru saya tahu anaknya bermata satu. Esok saya akan bawa anak kambing itu ke Jabatan Haiwan untuk diperiksa kerana kesukarannya untuk menyusu,” katanya ketika ditemui di rumahnya di sini hari ini.

Menurut Awang, dia telah menamakan anak kambing itu Tuah Jabang kerana keistimewaannya yang lain daripada yang lain.

Kelahiran kambing bermata satu ini merupakan yang ketiga pernah direkodkan iaitu di Gua Musang, Kelantan dan India, namun kedua-dua haiwan itu mati selepas beberapa minggu dilahirkan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×