SELEPAS satu demi satu pendedahan yang menggemparkan negara, kini satu demi satu juga balasan diterimanya. Terbaharu, Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohd. Rafizi Ramli disabitkan kesalahan tuduhan mendedahkan penyata akaun bank National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFCorp) dan dua yang lain kepada media. Dalam keputusan penghakiman pada 7 Februari lalu Rafizi dijatuhi hukuman penjara 30 bulan selepas didapati bersalah oleh Mahkamah Sesyen Shah Alam atas pertuduhan mendedahkan maklumat perbankan…










