Norida pulang selepas 18 tahun terkandas di Lombok

Norida pulang selepas 18 tahun terkandas di Lombok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Selepas 18 tahun terpisah daripada keluarga, wanita warga Malaysia yang terkandas di Lombok, Indonesia, akhirnya selamat dibawa pulang ke tanah air, semalam.

Norida Akmal Ayob, 45, sebelum ini mengikuti suaminya yang juga warga Indonesia, ke Lombok bersama anak perempuan mereka dan menetap di sana sejak sekian lama.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Nasarah berkata, Norida Akmal yang mengikut suami dan menetap di sana sehingga terpisah daripada keluarga di tanah air selama 18 tahun.

Katanya, bagaimanapun perkahwinan mereka tidak kekal dan akhirnya Norida hidup sendirian, susah dan daif.

“Kisah beliau mahu kembali ke Malaysia di ketahui apabila keluarganya di Kg Bukit Sapi Lenggong datang menemui saya dan memaklumkan keadaan Norida Akmal. Saya dimaklumkan beliau berada dalam keadaan serba kekurangan, anak-anaknya tidak dapat meneruskan persekolahan, dan terbiar.

“Ekoran itu saya memulakan urusan dengan meminta kerjasama Wisma Putra melalui Kedutaaan Besar Malaysia di Jakarta Indonesia dan Jabatan Imigresen Malaysia.

“Saya telah menghantar Pegawai saya yang diketuai Datuk Dazma Shah Daud ke Lombok Indonesia bersama Setiausaha Sulit saya ke Lombok bagi urusan membawa pulang,” katanya dalam Facebook hari ini.

Sebelum ini media melaporkan, keluarga Norida membuat rayuan kepada kerajaan supaya membantu membawa pulang wanita berkenaan selepas 18 tahun terkandas di Lombok.

Norida juga didakwa hidup dalam serba kekurangan dan dibayangi ketakutan akibat ugutan bunuh daripada bekas suaminya.

Norida mencari rezeki sebagai tukang sapu demi meneruskan hidup bersama anak anak setelah berpisah dengan suaminya yang berkahwin lain. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN