UMNO tidak campuri keputusan penarikan darjah Dr. M - Utusan Malaysia

UMNO tidak campuri keputusan penarikan darjah Dr. M

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 9 Feb. – UMNO dan Barisan Nasional (BN) langsung tidak campur tangan dalam hal ehwal Istana Kelantan berhubung keputusan menarik balik darjah kebesaran yang dianugerahkan kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, tiada mana-mana pihak boleh terlibat dalam keputusan itu kerana ia merupakan hak multak Sultan Muhammad V.

Mustapa menolak dakwaan sesetengah pihak di laman-laman media sosial apabila mengaitkan keputusan penarikan darjah itu bersifat politik dengan penglibatan daripada UMNO dan BN.

“Tuduhan sebegini tidak harus dibuat kerana keputusan penarikan darjah itu adalah hak mutlak Tuanku.

“Tiada sesiapa yang boleh mempengaruhi Tuanku termasuk UMNO dan BN, dan diharap tiada sesiapa mengeruhkan keadaan berhubung keputusan ini “ katanya kepada pemberita selepas merasmikan Sidang Kemuncak Kecemerlangan Produktiviti dan Pengoperasian Sime Darby Plantation di sini hari ini.

Semalam, difahamkan Dr. Mahathir yang juga Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) menerima surat penarikan balik Darjah Kerabat (DK) Al-Yunusi Kelantan di kediamannya di Seri Kembangan, Selangor. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×